Apa lagi yang hendak aku katakan
Bila tiada apa lagi untuk aku bentangkan
Apa lagi hendak aku bicarakan
Bila cerita kita berhenti dengan beban
Apa lagi yang ada untuk aku rasa
Bila semuanya dibawa pergi dalam paksa
Apa lagi yang ada untuk aku rindu
Bila rasa aku kau biar sahaja begitu
Apa lagi yang ada untuk aku
Bila jiwanya aku perlu..
Namanya aku seru;
Dalam nada rindu.
Isnin
25.1.14
4:00am
No comments:
Post a Comment