Macam mana aku letak sepenuh kepercayaan aku pada Allah
Tatkala aku susah mahupun senang
Sekuat mana kepercayaan aku pada Allah
Sewaktu aku belajar, bekerja..

Sekuat itu juga kepercayaan kepada Allah tatkala tentang jodoh.

Seberapa lama kita dengan seseorang
10 tahun, 20 tahun
Belum tentu itu jodoh yang Allah aturkan untuk kita.
Itu semua 'jodoh' yang kita sendiri tentukan.

Kita hanya manusia.
Tak ada manusia di muka bumi ini yang mempunyai kuasa
Melebihi kuasa Allah.

Jangan menangis sekiranya kita putus dengan seseorang.
Jangan menyesali.
Kerana itu yang terbaik.

Memikirkan nikmat Tuhan yang Maha Luas,
Sesungguhnya itu akan membuatkan kita rasa bahagia dan tenang.

Tidak di bumi Allah,
Mungkin di syurga Allah,
Kita akan bersama.

Allah itu maha adil dan saksama.
Jangan persoalkan ketentuanNya.

Sekiranya berpisah,
Ada sesuatu yang boleh dibanggakan, iaitu..
Masing-masing merelakan.
Masing-masing mendoakan.
Masing-masing redha dengan ketentuan Allah
Dan tidak menyalahi sesiapa.
Tidak sama sekali menyalahi takdir.

Saya bangga dengan hubungan kita.
Saya bangga dengan keredhaan kita menerima ketentuan Allah Azza Wa Jalla.

Teruskan berdoa.
Masih lagi rahasia Allah.
Tiada manusia yang tahu.
Mahupun kita.

Rabbi Yassir Wala Tu'assir.
Rabbi Tamim Bilkhayr.

Ahad
25.1.15
1.39am

No comments:

Post a Comment