Aku dilahirkan
Sempurna keadaan hati dan jiwanya..
Sehingga dunia membuktikan semuanya dusta
Lalu meranapkan segala yang dia punya.
Aku hadir dalam kehidupan seorang laki laki
Yang aku pandang tinggi pada setiap sudut
Aku masih gadis kecil dan rapuh segala inci
Menyaksikan dia begitu lemah dan serabut
Kepada siapa aku harus lari?
Kepada siapa yang aku boleh sembunyikan diri?
Yang aku boleh sembunyi belakang kakinya?
Yang aku boleh berteduh bawah tinggi bayangnya?
Aku tidak mempedulikan keberadaannya
Pada aku, dia layak untuk tetap tinggi
Terus tegak berdiri walau tiada apa
Tidak layak untuk dia melayu dan sunyi
Hormat aku padanya sudah pergi
Imej seorang laki-laki pada aku adalah dia
Tika itu aku biarkan dia
Aku pergi kepada mereka yang lebih faham aku
Kononnya
Aku tolak dia ketepi
Aku tidak peduli
Aku tidak mahu dia
Aku tidak mahu jadi seperti dia
Hati aku telah berkecamuk sejak azali rasanya
Aku telah dikecewakan sejak aku belum remaja
Mana adilnya?
Aku.
Keras kepala.
Sehinggalah aku sedar
Untuk setiap dugaan yang di lalui
Dia tidak pernah pergi
Malah terus menyayangi
Malah lebih menyayangi
Allah.
No comments:
Post a Comment