Cipta Dalih

Untuk setiap post atau entri dari blogger yang suka gossip pasal artis, politikus dan apa sahaja yang cepat tersebar dari FB, aku tak berapa  gemar membaca. Aku tak nampak mana pentingnya. Aku cuma baca apa yang di share atau di like. Itu pun kalau aku nak baca la.

Tapi yang aku paling menarik nak baca, adalah komen komen pembaca dekat bawah tu. Ada yang komen just for the likes. Aku paling kesian dekat segelintir yang cuba hentikan kutukkan. Memang kena teruk. Ada yang sampai sanggup stalk FB si polan yang bagi nasihat, ambik gambar, letak dekat ruangan komen.

Begitu ramai yang menjadi berani belakang belakang kan? Bertapa mudahnya manusia meng-abuse dan di-abuse.

"Biar lah dia pakai ketat. Janji dia pakai tudung!"

Husnudzon ada tahapnya, kawan.

Zaman sekarang ni, manusia tak nak terima. Tak nak fikir dalam lagi. Bila terbaca tu rasa macam

Macam ni rupanya mentaliti diorang sekarang

Apa agaknya cabaran para pendakwah? Kalau kita yang bukan pendakwah ni pun, tersemput baca. Ini kan pulak yang memang punya kehendak untuk mengubah mentaliti masyarakat? Apa agaknya pendekatan yang mereka gunakan untuk menepati mentaliti dan sifat masyarakat yang semakin buas ni?

Risau.

Isnin
24.8.15
1:59am

No comments:

Post a Comment