Kadang aku tanya diri sendiri
Berapa ramai yang menjerit dalam sunyi
Berapa ramai yang menangis dalam hati
Berapa ramai yang memang tak peduli
Apa ada manusia yang macam aku
Pada zahirnya kaku
Namun berani dalam hatinya
Berani dalam jiwanya sahaja
Aku
antara mereka yang sering gagal dalam menzahirkan rasa. Gagal dalam
menyusun kata menjadi satu bahasa yang mudah difahami manusia jelata.
Masa aku kecil, apa sahaja rasa yang ada, aku tulis dalam kertas. Aku
selitkan bawah bantal mak abah atau aku letakkannya bawah botol minyak
wangi yang sering mereka gunakan.
Aku
tidak pasti, samaada aku begitu hormat pada mereka, sehinggakan marah
kepada mereka itu, tidak sepatutnya ada atau hakikatnya aku sendiri yang
tidak tahu menunjukkan rasa. Ada masa aku menangis hingga ke pekat
malam. Begitu patah hati sehingga begitu sekali jadinya. Aku tak berapa
nak ingat kenapa.
Mungkin
aku hanya mahu diterima. Mungkin aku patut di ambil perhatian pada
perihal lain, tapi di ambil perhatian pada hal yang lain. Hal yang bukan
ada pada aku. Hal yang tidak dilahirkan bersama aku. Begitu muda dan
mentah hati aku. Begitu awal juga ia di hancurkan.
Ah. Tolak tepi.
Mata sayu.
Kulit layu.
Rambut kelabu.
Aku
tak ingat masa lalu. Begitu kabur rasanya. Seolah aku tak pernah rasa
hidup. Aku suka bebas. Aku suka rasakan hidup sehabis daya. Aku suka
rasakan sedalam dalamnya sesuatu itu.
Keinginan
aku cuma keinginan yang mementingkan diri sendiri. Hakikatnya, hidup
aku bukan untuk aku sahaja. Begitu juga yang lainnya. Tak ada apa yang
mampu aku lakukan untuk ambil semula pedih di hati mereka. Aku terlalu
memberontak, meminta untuk mereka sedar, bahawa aku ada keinginan aku
sendiri. Aku bukan seperti yang lain. Begitu benci aku di bandingkan
dengan mereka yang jauh beza dari aku.
Aku kaut semua.
Aku letak tepi.
Bila tiba masa
Nanti nanti aku perhati kembali.
Selagi mereka ada.
Selagi mereka membawa rahmat Tuhan bersama.
Tidak guna menjadi anak jika tidak berbakti, aku rasa.
Tidak lena malam mereka dan engkau puncanya, tidak guna, aku rasa.
Isnin
24.8.15
1:57am
No comments:
Post a Comment