Ada benda yang kau mahu
Ada benda yang kau dah lama nak peluk dan rayu
Ada sesuatu yang kau rasa
Sepatutnya biasa
Sepatutnya kau tak perlu cuba
Sesuatu yang seharusnya ada
Namun realiti yang kau impikan
Cuma fantasi dan mainan
Sesuatu yang takkan
Tunggulah sampai bila saatnya semua angan
Akhirnya jadi kenyataan
Apa yang aku mampu lakukan untuk kembalikan semua?
Atau sebenarnya apa yang aku mahukan itu
Hakikatnya sudah lama ada di depan hidung
Cuma aku sendiri yang tak pernah cuba menghitung?
Atau aku sendiri yang tak pernah cuba..
pegang tangannya
kucup beningnya
-- walau sekali cuma
untuk kata
tak apa
aku ada
semua akan pergi
mereka akan akhirnya sepi
-- untuk sesaat
peluk tubuhnya
usap belakangnya
tak apa
kita masih ada daya
rahmat tuhan besar tanpa hingga
-- sesekali aku seka air mata. untuk keberapa kali agaknya aku kata, aku tak mampu untuk ini semua. tapi hakikatnya aku masih ada di sini.
Untuk sekali sahaja
Duhai Insan
Selagi Tuhan izinkan
Selagi Tuhan pinjamkan.
Isnin
28.9.15
2:24pm
No comments:
Post a Comment