"Kau happy?"
Dia tanya.
Aku kehilangan kata. Kalau aku bilang tidak, begitu luas rezeki Tuhan sampaikan aku terkena tempiasnya. Begitu sayang Tuhan sehinggakan tak pernah sedikit pun seksa yang aku rasa.
"Sedikit"
Aku balas pendek.
"Kenapa?"
Di tanya kembali. Sama pendek.
Bagaimana agaknya harus aku nyatakan. Kalau dah memang hakikatnya hamba. Sejak azali, aku di jatuhkan dari syurga, hingga ke tangan kedua ibu bapa, aku adalah hamba. Bagaimana agaknya mahu tenang hati ini bila sering melawan fitrah? Fitrah sebagai hamba?
Ada masanya, dengan mengingati sahaja, tidak mencukupi.
Ada tikanya, dengan menangis sahaja, tidak bererti.
Bila mana hakikatnya semua kau sudah tahu..
Kau sedang melawan fitrah sebagai hamba.
Kau tahu..
Kau sedang mencium nikmat Tuhan tanpa kau sedar.
Sombongnya kau.
Sombongnya aku.
Sombongnya kita.
..
Syukur itu ada.
Tapi hati aku tidak akan tenang selagi aku tidak kembali kepada fitrah aku sebagai hamba. Di mana masa lapangnya, habis mengganti solat yang sudah lama terhutang. Di mana segala wangnya, diberi kepada yang lebih memerlukan. Di mana masa sihatnya, mengingati Tuhan dengan perbuatannya sebagai hamba.
Abdi.
Selamanya. Takkan perlu ada satu pun saat yang kau kata,
"Ingat"
Tapi sebenarnya kau tidak.
Dan Tuhan itu Maha Mengetahui
Isnin
12.10.15
2:00pm
No comments:
Post a Comment